Sunday 5 June 2016

PENGENALAN

Pembotolah teh menjanjikan satu perniagaan yang menguntungkan dengan modal yang kecil sahaja tetapi perniagaan ini tinggi permintaan dan harganya secara relatif juga tinggi.

Secara dasarnya, anda membuat setekoh teh, ditambah kondisioner makanan dan dibotolkan. Begitulah mudahnya dan murahnya teknik pembotolan teh. Mengtahui rahsia memprosesnya  serta memiliki teknologi memprosesnya, telah meneyebabkan ramai usahawan kecil mahu pun besar mengusahakan bisnes pembotolan jus dan minuman teh.

Image result for teh botol lipton
Produk Teh Botol Dipasaran




Kursus Teknologi Memproses dan membotol minuman teh  dilaksanakan  bagi melahirkan usahawan yang menceburkan diri secara serius dalam industri memproses minuman halal berasaskan  teh  dan herba.

Dengan menyertai kursus ini para peserta akan didedahkan kepada proses-proses pengeluaran produk minuman yang boleh dihasilkan dari rumah, bengkel  mahupun di kilang yang khusus berasaskan kepada modal yang dimiliki.

Selaras dengan peruntukan Akta Makanan 1985. peserta akan didedahkan  dengan prosedur yang dipermudahkan bagi  membolehkan mereka untuk terus memajukan perusahaan kearah mencapai mencapai status IKS.

green tea, cameron highland, ameri ichinose, japan tea
Minuman Teh Hijau
                                       
Dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman  dan mempunyai maklumat bagi peluang-peluang serta kemudahan daripada Agensi Kerajaan kearah  melahirkan lebih ramai usahawan didalam bidang ini.

PELAKSANAAN

Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu dan komersil . Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan secara profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran. 

Kami akan memperkenalkan teknologi homemade bagi membolehkan selepas kursus peserta boleh memulakan industri ini dirumah dengan peralatan asas sahaja sebelum berkembang keperingkat yang lebih besar.

PESERTA



Terbuka kepada semua golongan.


KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Makan minum, nota kursus dan bahan-bahan mentah disediakan sepanjang tempoh kursus.
KANDUNGAN KURSUS :
1. Memahami keperluan bagi minuman teh dan minuman herba mengikut Akta Makanan 1985.
2. Teknik membuat jus dan miuman teh, ice lemon tea, teh herba dan lain-lain teh buah.
Ice Lemon Tea

3. Bahan-bahan asas bagi memproses minuman teh.
Teh Markisa
4. Mengenal kondisioner makanan yang dibenarkan.
5. Mengenal pengawet yang dibenarkan seta kadar yang benarkan oleh undang-undang.
6. Mengtahui penggunaan pengawet melebihi kadar yang dibenarkan boleh membawa maut kepada pengguna.
7. Mengenal perisa dan fungsinya.
8. Mengenal pewarna yang dibenarkan.
9. Formulasi minuman teh dan minuman teh berperisa
10. Mengenal alat-alat penyukat.
11. Cara memulakan perusahaan
12. Cara membuat produk tahan lama.
13. Teknik pembotolah dan pembungkusan. 
14. Mengenal pasti keperluan mesin bagi skala industri.

15. Mengenalpasti mesin alternatif bagi bajet terhad.
14. Teknik melakukan R&D bagi menghasilkan produk bermutu.

PELAKSANAAN KURSUS 

1. 
Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kelas secara perseorangan, kelas secara ekseklusif   diadakan mengikut waktu dan masa yang sesuai dengan anda setelah mengatur dengan pengurusan kami. 

2. Masa yang diperlukan untuk satu-satu kelas selama lebih kurang 4 jam

3. Kelas di kawasan Marang, berdekatan dengan Bandaraya Kuala Terengganu.

4. Dapat membuat tempahan awal bagi memastikan waktu yang sesuai dengan anda dapat dipenuhi. 

5. Yuran kelas individu RM 500-00

6. Peserta perseorangan dibenarkan membawa pembantu, seperti ahli keluarga atau pekerja  dengan bayaran tambahan RM 150.00 bagi setiap orang yang dibawa.

7. Hubungi 0139389712 atau whattaps 0193203692 untuk penetapan tarikh.


INOSEMAI RESOURSES 
Lot 14915 Taman Mengkuang Indah 
Kg. Padang Mengkuang Bukit Payung, 
21600 Marang Terengganu.

No comments:

Post a Comment